22 September 2015

Tips Hendak Membeli Barangan Online

Assalamualaikum.

Dah banyak hari aku dok terfikir nak buat entri pasal adab-adab tips membeli barang secara atas talian [dibaca : online] ni. Bukan apa, sekarang ni dah macam trend kan orang beli barang online. Aku sendiri rajin masuk laman web lah instagram la padia menda lagi nak beli produk deme. Sebagai contoh Bella Ammara, Anggun Zara dan macam macam lagi.

Dan sejak aku berkecimpung dalam dunia, Sis, PM sis PM sis, aku jadi lagi berkobar-kobar nak update entri ni! So, tolong baca dan sebarkan boleh? Hehe.

Tips [baca : adab-adab] Membeli Barangan Secara Online.

PM (Private Message) Penjual Terlebih Dahulu. Ini yang paling penting. Kalau korang tengok kat FB semua, diorang akan tulis banyak banyak kat komen tu, PM berderet kan? Tolonglah kepada yang berminat akan sesuatu barang tu, kome PM terus kepada peniaga tu. Tak ke gila peniaga tu nak PM sorang sorang dah kalau 1000 minta PM?

Berminat, PM.
Peniaga iklankan barang untuk dijual, dan siapa yang berminat boleh PM peniaga terus untuk berurusan. Tapi, ada pelanggan yang berminat tak faham. kalau berminat, pelanggan yang sendiri perlu PM peniaga untuk bertanya lebih lanjut. itu bermakna, pelanggan tu tertarik dengan jualan peniaga.
Bukan peniaga yang PM 'bakal pelanggan'. kalau seratus puluh juta 'bakal pelanggan' suruh peniaga PM.. mampuslah kot peniaga nak PM semua. - Fadil aka Nyu, 2015
Lagi satu, kalau page kat Facebook takleh mula PM. Kome kena start tekan button Message kat profil page tersebut. Ingat tu?


Balas Mesej Peniaga Sama Ada Setuju Atau Tidak. Ini antara yang paling penting. Kalau berminat nak beli, kome tengah berurusan dengan peniaga tu kan, balaslah mesej dia bagi jawapan sama ada setuju nak beli ataupun sekadar nak dapatkan maklumat. Jangan risau, kome akan dilayan baik punya sebab kome ni pelanggan deme tahu? Dah kalau deme mesej follow up tu, jawab je kalau tak berminat. Kalau nak tunggu dulu pon, cakap saja.

Bagi Bukti Pembayaran Dengan Jelas. Dan ini juga antara yang terpenting. Bila dah buat pembayaran tu, hantar bukti pembayaran dengan jelas. Kemudia bagi nama penuh, alamat dan no telefon untuk memudahkan urusan pengeposan. Jangan silap pulak, nanti penjual juga disalahkan. Tanya betul dengan penjual tu postage bila. Sebab ada penjual yang buat postage setiap hari, seminggu sekali dan suk hati dia nak pos bila. Jadi, tanya. Okay, tanya!

Contoh Bukti Pembayaran
 Masa Yang Sesuai. Kalau nak PM tu tak kisahlah kome nak mesej bila, tapi bersabarlah sikit ye. Dah kalau mesej 12 tengah malam dibalasnya esok, sabarlah. Dia manusia yang kerja bukan robot. Tau?

Sebenarnya, ini saja antara tips nak berurusan dengan peniaga online ni. Kita yang nak membeli ni mudahkanlah urusan penjual ni. Ingat, bukan sorang kita je dia nak kena layan, berlambak kot. Ingat, kita mudahkan urusan orang, Tuhan mudahkan urusan kita. Belajarlah PM peniaga tu sendiri kalau berminat, jangan harap dia PM dulu. Nanti terlepas pandang kome kata dia sombong. Ye dak?

Kalau kome shopping online dekat butik terkenal dan gah serta besarrrrr namanya di persada fesyen macam Bella Ammara, Anggun Zara, Calaqisya dan lain lain yang sama dengannya, mesti tak dilayan k kalau kome kabo pm pm pm. Deme takde masa nak melayan satu satu camtu, melainkan kome mesej sendiri kabo, saya nak yang ni. Boleh bagi details? Gittew.

Aku tahu lah sebab aku dah ada kat dua dua situasi. Stress tahu layan manusia ni? HAHA. Tapi aku seronok. Macam pengalaman aku dapat. Jadi, sapa nak beli Sure Kencang, boleh PM aku. 

Dah gaji kan syg semua? Inilah masanya nak cantikkan aset yang ada kat diri untuk menarik mata sang suami supaya sentiasa terlekat dekat kita. Tak takut ke dia pandang yang lain? Atau suami dah mula merungut sebab dah tak macam anak dara dulu??
Apa lagi.. Cepat cepat PM akak untuk lebih lanjut tentang Sure Kencang ni. Sureeeee Kencanggg sayanggg!
✆ SMS/WASAP: " PINK " ke 013 234 3475
✆ SMS/WASAP: " PINK " ke 013 234 3475
✆ SMS/WASAP: " PINK " ke 013 234 3475
atau pm INBOX akak segera ..

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog