07 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Cikgu Jannah ke Petrosains dan Aquaria

Bismillah.

Fuh, gigih betul. Balik dari lawatan tadi dah pukul 10. Tetiba malam ni update terus. Takut lupa. Bukan apa, jadi blogger ni, bila #writerstuck ni yang rasa nak maki hamun semua. Nak pulak lepas mandi tetiba tak mengantuk padahal sekarang tengah letih gila. Tak rasa kaki dah ni.

Semuanya macam biasa, last minit plan. Bebudak asyik tanya tak buat lawatan keee apa bagai. So, kita buat tengok. Saja pilih Petrosains dengan Aquaria. Ya Ampun, macamn i eh rasanya seorang cikgu nak kawal anak anak mereka. HAHAHA. 

Kalau mak ayah kawal anak sendiri berapa orang je pon rasa nak mengamuk, bayangkan seorang cikgu kawal anak ORANG LAIN, dah tu sorang cikgu 10 budak yang bukan anak dia. Fuhhh. BAYANGKAN PLEASE. SO mak ayah, sila jangan banyak komplen. Tolong cikgu sama #tetiba.

Jadi, kami bertolak seawal 730 pagi ke KLCC. Syukur sampai awal sikit. Orang pertama okay yang masuk Petrosains. Nasib hari biasa, so tak ramai sangat. Tapi mahu roboh KLCC tu bila bebudak ni masuk. HAHAHA. Bayaran hampa cari sendiri kat website Petrosains dan Aquaria. Malas aku nak taip.

Geng Bas 1. Tengah tunggu Bas 2.
Masa ni semua macam baik kan? MACAMkan? Hampa tunggu sat. HAHAHA. 

Naik kereta kabel eh nama dia? Semua nak berdempek.
Kebetulan ada pertunjukan sains. Amboi, syok depa no?

Eh tertinggal pulak gambar nak masuk
Eddin. Seharian pegang tangan aku je. Budak tadika. Tak boleh lepas nanti dia lari.


Lepas penat berkejaran dengan depa dalam Petrosains, kami dok settle nak bagi depa makan. Takdan nak tangkap gambaq dah aih. Gila hang depa macam apa. Aku dok dalam ekod pon peluh bercerau.

Dah makan terus pi Aquaria. Aku beli tiket awai2 takut nantiiiiii habis. HAHAHA.

Kakak dan Abang Aquaria yang ohsem!

Tak banyak gambar dalam Aquaria sebab eddin tu takmau jalan. Dia nak aku dukung. YA AKU ULANG. DUKUNG. Allahu senget pinggang aku weh. YAng si Rayyan plak tengok aku dukung Eddin dia nak pegang tangan kanan pulak. Allahu. CIkgu penyayang ni.

Tapi best la tengok ikan. masa kami sampai ada pertunjukan bagi makan ikan jerung! Wahhhh!

Jom nak balik dah. CIkgu dah capek!

Oh, sempat design ni saja utk bebudak ni. Biar deme pakai. Hehehe.
Jadi, sesiapa yang nak pergi jalan jalan ke boleh bawak anak menakan bawak anak buah semua untuk jalan jalan best ooooo sebenarnya cuma aku takdan hayati semua benda sebab dok lawan ligan bebudak ni. HAHAHAHA. SUNGGUH WEH. AKU NAK MINTA MAAF KAT CIKGU AKU DULU KALAU AKU BUAS MASA SEKOLAH. HAHAHAHAHHA.

Terima kasih semua. Ustazah happy sebab hampa semua syok!

Yang penat namati,

Ustazah Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

05 September 2017

Final Bola Sepak Malaysia vs Thailand dan Closing Ceremony Sukan Sea 2017

Bismillah.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk aku menggembirakan hati. HAHA. Syukur, lepas balik dari Penang, boleh tengok last post, Kak Chik aku merangkap sepupu aku dia WhatsApp tanya nak pi tengok dak final bola. Aku apa lagi, tiket free kan? HAHA. Syok okay sekali sekalalayan bola. 

Betoilah orang kata, sukan ni menyatukan kita. Tak kisah apa politik hang, apa agama hang, mesti sama sama excited. Walaupun malam tu Malaysia kalah, yang mana rezeki bukan milik kita, but we enjoyed it very much. Ala, malas nak taip. Nak kongsi gambar je! Nanti aku boleh tengok balik. Hehe.

So, here we go!
Betul. Dua dua player bola sepak. Ke ragbi? HAHAHAH
And, we enjoyed the game so much!
Jarang nak lanje selfie ni! Selamat Merdeka ke 60 semua!
Esoknya, aku dengan Farhana pulak pergi closing sukan sea. Pergh, tak tipu aih. Power okay. Sepaker best gila. Sound tak bingit. Lawa laaaaa. I like!

Last sekali Adel nak ucap, Hidup Malaysia!
So, are you ready for next Para Asean Games? I Am ready!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

SH Conquers Penang

Bismillah.

Last Ogos 2017, last minit plan kami nak ke Sungai Petani (to be exact Penang) nak pi kenduri Tona. Aherher. Semua last minit! Kenduri Tona pon sebagai syarat. Kalau tak, tak sampai jugak. Ala, buat Penang macam jauh padahal tu kampung aku kot.

So, malam Jumaat 25 Ogos tu Buna ajak teman balik ke Sungai Petani. Syukur sangat sebab tak payah beli tiket bas ke ets ke balik. Aku direct KL terus ke rumah Piqah, dan syukur laki dia takdak. Kalau dak seganlah kita. HAHA. Hari Sabtu tunggu lagi 3 manusia sampai ke Sungai Petani untuk ke kenduri Piqah. So, alang-alang meh aku dedikasikan entri ni untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru kat Tona dan laki beliau.


Diorang ni aku kenal through bisnes sebenarnya. Actually, aku kenal Intan tu dulu. Dulu dia blogger jugak. Tak sangka akhirnya kami boleh bertemu. Kan? Saja dia nak duduk antara aku dengan Yaye sebab nak nampak kecik. Kongasam!


Maka perjalanan kami pun bermula ke Penang! Yehaaaaa. Aku buat macam jakun. Bukan apa, lama tak keluaq lagu ni dengan kawan kawan kan? Terima kasih Piqah bawak kami naik feri. Kesian orang Raub tu teringin!


Masa ni malu sebab keta depan kami ni budak laki dok segan segan HAHAHA. Padu jugak eh? Dalam ni aku dengan Yaniey ja bujang eh? HAHAH. Semua mak budak ni weh.

Thanks to Yaye dan Intan sebab rumah yang depa pilih lawaaaa nau. Rasa takmau keluaq rumah langsung k! Best gila lawa ah eh tak puas hati aku. HAHAH. Ala, teringat boleh layan cite hindustan sambil pakai mask. Pastu semua pakat tahan ngantuk.



Weh, rumah ni cool gila. Boleh la hampa search Maritime Guest House. Berbaloi kot! PUAS HATI HAAA GERAMNYA AKU! HAHAHA.

Malamnya, bawak orang Raub dan Kolumpo pi makan Hameed Pata. Okaylah bagi aku peminat mee goreng mat kambu takleh lawan lah. Hehehe.

Thanks Yaniey untuk puding raja jauh mai dari Raub. HAHA.

So, konon nak tahan mengantuk, last last hampeh. Yaye paling awai jatuh!

Jadi, esok semua pakat nak balik ke pangkuan keluarga masing masing. Actualy, it is not about quantity. It is just about quality. Kami okay je as long we are matured enough to justify something. Hidup mau rileks. Jangan gelabah sangat. Enjoy okay!

Thanks guys for the short escape. Rasa macam kita baru saja lepak. HAHA.

Till then.

Truly,
Cik Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

24 August 2017

Temuduga Cikgu MRSM DG41/DG42

Bismillah.

Entri kali ini aku nak kongsi pengalaman pergi temuduga Cikgu MRSM. Hehe. Ini pertama kali temuduga under pertubuhan yang besar. MARA ni salah satu institusi yang besar okay. MARA ada seluruh Malaysia. Hampa jangan main main. Antara produk MARA ialah UiTM, MRSM, dan KKTM. 

Okay, bukan nak cerita pasai MARA, tapi pasai pengalaman. In case ada yang dapat temuduga akan datang, boleh buat rujukan. Ye dak? Hajatnya, aku cuma nak nak cuba nasib jadi cikgu MRSM. Ye la, kita bukan kelulusan cikgu KPM mahupun bidang pendidikan. Ye dak? Kita hanya ikan bilis kecik haluih. Tapi ikan bilis la ni mahai no?

Tudia, mesej aku dapat mula mula. Terpilih untuk ambil ujian online. Maka, dah kira lepas tapisan pertama la kan? Heheh. Sebab dah apply dulu mula. Yehaa, terkejut tau! Tak sangka. Tapi masa ni aku macam blur blur lagi. Maka aku pon jawab la ujian online tu dengan bahagianya. Terima kasih juga kawan yang tolong cover jawab kelam kelibut aku jawab tau. 

Dok dalam tiga empat hari aku dapat mesej hang bawah tu. Pergh, terkejut gila. Exam PTD dua kali pon tak dapat macam ni tau dak. Tapi rezeki ada lagi kat MARA ni. Jadi, aku pon download semua dokumen berkaitan. Isi mana patut. Lepastu, bersedia untuk pergi ke tempat temuduga.

Yang aku kali ni kena pi kat KKTM Lenggong, kat Perak sana. Fuh, boleh tahan jauh jugak na. Oh, ya. Semestinya aku dapat tawaran dalam bidang aku. HAHA. Jadi Ustazah la aku lepas ni.

Pukul 2 pagi aku dengan Am gerak pi Lenggong. Am, terima kasih na teman aku. KAlau tak, habislahhh aku., HAHAHAHAHA.

So, in iadalah antara perkara yang aku kena buat. Aku antara yang daftar awal. Kebetulan yang datang haritu semua bakal cikgu Fizik dan Pendidikan Islam saja. So, aku kumpulan pertama. Tak caca marba sangat.

Fitness Test. Pergh yang ni paling azab kot aku rasa. HAHAHAHA. Kena buat bleep test. Hampa taktau dia punya naya, silap tak fit macam hape. Hampa try la youtube tengok contoh bleep test lagu mana.
 
Muka lepas Fitness Test, lepastu kena lari kejar kejar nak pi salin baju untuk next step.

Temuduga. Okay, yang ni kita akan masuk berkumpulan. Kami dibahagi satu kumpulan lima orang. Tiba tiba kumpulan aku kumpulan yang pertama kena kot. Tapi alhamdulillah, interviewer tu okay. Dah otai pon semua pon. HAHAH. Entah, aku rasa rileks la sikit. Heheh.

Banyak juga soalan tanya, tapi standard ah. AKu naik keras dalam bilik tu. Ada la dalam 30-45 minit. Haaa tudia. Semua pakat nak tunjuk power time tu lah. HAHAHA.

Ujian Psikometrik. Dah selesai interview, kami berkejar nak ke tempat satu lagi untuk buat ujian. Tipsnya jawab je jujur. Depa nak kenai kita kan? Ala ala ujian psikologi tu. Senang ja.

Micro Teaching. Part ni aku macam cuak sikit, Sebab aku sebenarnya down kalau cakap depan orang (melainkan anak murid aku). Kita kena sedia dengan ABM, RPH bagai macam kita nak masuk mengajar lah.  Pilih tajuk yang kita mahir. Masa aku, depa siap suruh cakap Arab, mengaji plus tanya hukum tajwid. Alhamdulillah, lepas. HEHEHE.

Alhamdulillah. Aku selesai lebih kurang jam 12. AWAL. Ramai lagi tak siap. Ada yang start ujian dulu ada yang micro teaching dulu. Bergantung lah. Jadi, lepastu aku balik terus ke KL. Malas nak pusing ipoh dah. HAHA.
Hai kak, happy ye lepas habis interview? HAHAHA

Keputusan aku taktau lagi. Ada rezeki, dapatlah. Takdak, teruskan hidup please? Hehehehe.

Doakanlah! KAlau dapat depa hantaq pi Bintulu pon aku lajak pi ja. Syok paaaa. Kalau tak, dok Subang diam diam k. Hehe. Okay, masa untuk tidur! 

Selamat Berjaya Semuaaaaa!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

08 August 2017

Tips Melembutkan Hati Anak

Bismillah.

Sejak jadi cikgu ni, kemain perangai secara tak langsung jadi perangai mak mak sangat okay? Bila tengok anak-anak murid zaman sekarang ni, tara aku sekolah agama ni, aku jadi sedih tengok mereka yang terlalu pandai mengejar teknologi dan ilmu dunia, tapi silap mereka kurang dengan adab dengan manusia. Terutama cikgu dan ibu bapa.

Ya, bukan salah anak-anak. Tapi ibu bapa dan guru sendiri. Kan? Aku pun duduk saja saja dok pikir, apa aku boleh buat untuk bantu budak. Nak nak pulak yang makin lama makin kurang asam dan macam mana aku nak bantu depa. Macam mana nak lembutkan hati depa?

Jadi, aku dengaq lah Ustaz Syamsul Debat punya ceramah. Pup jumpa. Okay, kita kena ubah diri kita sendiri. Kita amalkan apa apa doa yang sesuai. Jadi, aku dah buat dalam bentuk graphic. So, tengok gambar ni okay?


Jom sama sama kita amalkan?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

Oh!Belog